Wednesday, 27 April 2016




Cinta itu suci. Satu perasaan yang indah oleh Allah.
Tapi cinta tu boleh jadi rosak. kenapa?
Bila kita salurkan sifat kasih sayang itu dengan cara yang salah.
Dengan cara yang haram.Haram?
Kenapa pilih cara haram sedangkan pilihan lain banyak?
Kenapa kita pilih untuk bercouple?
Sedangkan cinta kepada Allah masih belum selesai.
Kenapa kita curahkan kasih sayang kepada yang bukan mahram?
Sedangkan kita sesama adik beradik masih bergaduh?
Kenapa kita sanggup berkorban apa sahaja untuk si dia.
Sedangkan kita mengeluh bila dengan orang tua kita?
Cukuplah kita membuat cinta itu menjadi rosak.
Mulalah fikir apa yang terbaik buat kita kelak.
Jangan menzalimi diri kita sendiri.

Berharaplah kepada cinta Allah bukan cinta mahluknya.

Monday, 25 April 2016

Melayu?


Aku masih ingat apa yang dikatakan oleh cikgu zul. Cikgu fizikku.

"Patutlah layu sebab Melayu rupanya."

 Habis cikgu apa? Saya Jawa.


Oh. Terdiam sejenak. Burung-burung pun berkicauan.

Sunday, 17 April 2016

Pura-pura


Aku melihat keadaan sekeliling semakin palsu.
Sehingga bayang-bayang tidak kenal siapa tuannya.
Kebaikan yang dihulur seringkali dipinta balasan.
Populariti yang ditagih berbanding keikhlasan hati.
Berpura-pura baik dihadapan
Menikam kejam bila berpaling.
Ukhuwah roboh sekelip mata.
Aku jujur. Kita jujur.
Aku manusia biasa yang imannya turun naik.
Aku bukan malaikat.
Aku dicipta dari tanah. Kau jua.

Kepada sang pencipta kita akan kembali.

Saturday, 16 April 2016

Anak Muda



Kami suara yang ditindas.
Bila bersuara dikata merapu.
Kami inginkan keamanan.
Bukan penipuan yang kami pinta.
Kadangkala kami naik.
Kadangkala kami turun.
Iman kami tidak seteguh para sahabat.
Iman kami perlukan guru.
Bimbing kami.
Bukan menjatuhkan.
Kami generasi bakal memperjuangkan Islam.
Jika menasihati. Berhemahlah.
Kami berjiwa keras.

Kerana kami anak muda