Sunday, 17 April 2016

Pura-pura


Aku melihat keadaan sekeliling semakin palsu.
Sehingga bayang-bayang tidak kenal siapa tuannya.
Kebaikan yang dihulur seringkali dipinta balasan.
Populariti yang ditagih berbanding keikhlasan hati.
Berpura-pura baik dihadapan
Menikam kejam bila berpaling.
Ukhuwah roboh sekelip mata.
Aku jujur. Kita jujur.
Aku manusia biasa yang imannya turun naik.
Aku bukan malaikat.
Aku dicipta dari tanah. Kau jua.

Kepada sang pencipta kita akan kembali.

No comments:

Post a Comment